Kebanyakan daripada kita yang mempunyai blog atau Facebook fan page mahukan pengikut ataupun fan sebanyak yang mungkin.
Tetapi mendapatkan fan atau likes bukanlah satu perkara yang senang.
Kadang-kadang page kita sunyi sepi tanpa likes daripada sesiapa.
Tahukah anda terdapat satu teknik untuk menaikkan likes Facebook fan
page anda secara PERCUMA? Dengan menggunakan teknik ini anda boleh
tingkatkan fan page anda kepada beribu-ribu dalam masa 24 jam.
Selepas belajar teknik ini anda boleh menggunakannya untuk menaikkan
likes fan page sendiri, atau tawarkan servis naikkan likes pada orang
lain.
Berminat?
Rahsianya adalah dengan menggunakan servis AddMeFast. Jangan risau, semuanya adalah PERCUMA.
Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk
digunakan. Secara kasarnya, anda memberi dan orang lain akan memberi.
Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia adalah
satu sistem “give and take”.
Bagaimana Untuk Menggunakan Servis AddMeFast
Anda hanya perlu daftarkan diri di AddMeFast dan kemudian anda sudah bersedia untuk tingkatkan Facebook Page likes anda. Layari AddMeFast dan kemudian daftar. Sila rujuk pada gambar di bawah.
AddMeFast ialah satu sistem pertukaran
point. Selepas anda berjaya mendaftar, anda akan diberi percuma 50
points. Apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah like page orang
lain untuk mendapatkan points. Kemudian anda berikan points itu kepada
orang lain apabila orang lain like page anda.
Selain daripada Facebook Page anda juga
boleh tingkatkan fan atau follower di servis-servis yang lain, sebagai
contoh Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain. Sila rujuk gambar di
bawah.
Di sini saya akan berikan contoh menggunakan AddMeFast hanya untuk Facebook Page likes.
Langkah-Langkah Menggunakan Sistem AddMeFast
Langkah Pertama:
Pertama sekali anda perlulah login dalam
akaun Facebook anda. Anda bolehlah menggunakan akaun sendiri ataupun
buat satu akaun baru. Saya cadangkan untuk buat satu akaun baru.
Kemudian buka tab baru dan login dalam akaun AddMeFast anda. Kemudian
klik Add Site/Page.
Langkah Kedua:
Masukkan page anda di dalam setting berikut.
- Type: pilih Facebook Likes
- Countries: pilih Malaysia untuk dapatkan likes daripada orang Malaysia (kalau anda nak likes daripada seluruh dunia, anda boleh letakkan setting Worldwide)
- Title: letakkan tajuk page anda
- Site/Page URL: tulis URL Facebook page yang anda hendak naikkan likes, contoh: https://www.facebook.com/facebook_fan_page_anda
- Total Clicks: Letakkan jumlah likes yang anda perlukan untuk page anda, contoh 1000, 10000 atau 20000
- Daily Clicks: Jumlah klik untuk sehari, jika sehari anda hendak naikkan sebanyak 100 likes sahaja, letakkan 100. Saya letak 200 sehari
- CPC (Cost Per Click): Berapa points yang anda hendak berikan kepada orang lain. Biasanya saya letak 9 points. (lebih tinggi points lebih kerap anda muncul di dalam sistem AddMeFast untuk orang lain like page anda)
Apabila sudah selesai, tekan Save Changes. Facebook Page anda akan
dimasukkan dalam sistem AddMeFast dan bersedia untuk di like oleh orang
lain. Anda biarkan sahaja begitu dan page anda akan automatik di like
mulai sekarang (selagi anda mempunyai points). Klik My Sites untuk
melihat senarai page yang anda telah masukkan.
Langkah Ketiga:
Anda juga perlu tambahkan points untuk akaun anda. Klik pada Facebook Likes. Rujuk pada gambar di bawah.
Langkah Keempat:
Apa yang anda perlu buat hanyalah like page orang lain. Apabila anda
like page orang lain anda akan dapat points. Klik pada butang like yang
berwarna hijau. Kemudian popup akan muncul. Klik Like. Kemudian tutup
page tersebut. Jika anda lambat tutup, page akan tertutup dengan
sendirinya tetapi anda tidak memperolehi points. Anda perlu tutup popup
tersebut segera selepas like page orang lain.
Ulangilah like page orang lain sehingga anda mendapat points yang
tinggi. Di bawah adalah points yang saya dapat setelah like banyak kali.
Pastikan anda sentiasa mempunyai 2000 points ke atas supaya page anda
sentiasa boleh di like oleh orang lain. Setiap kali orang lain like
page anda, anda akan memberi points kepada orang tersebut. Jika anda
kehabisan points, page anda akan dikeluarkan daripada sistem AddMeFast
untuk sementara waktu sehingga anda perolehi points.
Secara rumusannya, ikuti langkah-langkah ini untuk menggunakan sistem ini.
- Login akaun Facebook anda. Buka tab baru dan kemudian login akaun AddMeFast anda.
- Masukkan page dalam setting
- Klik Facebook Likes
- Like page orang lain
Itu sahaja!
Bagaimana Jika Anda Malas Nak Like Berkali-Kali Untuk Mendapatkan Points?
Pastikan anda mencuba dahulu sistem ini. Barulah anda akan faham
konsepnya. Selepas itu bolehlah anda rujuk pada topik ini untuk cara
mendapatkan points secara percuma.
Terdapat empat cara yang boleh anda buat jika anda tidak rajin atau dalam erti kata lain malas nak like banyak kali.
Pertama, anda boleh dapatkan 150 points setiap hari dengan Daily Bonus.
Tetapi terdapat satu syarat: anda perlulah like page orang lain sebanyak 20 kali.
Setelah anda like page orang lain sebanyak 20 kali, klik pada Daily
Bonus dan dapatkan 150 points secara percuma. Anda boleh lakukan ini
hanya sehari sekali.
Kedua, anda bolehlah membeli points tersebut dengan
wang ringgit. Tetapi, cara ini amatlah tidak digalakkan oleh saya.
Simpan duit anda itu dan belanjakan pada tempat yang lebih berbaloi!
Ketiga, dengan memperkenalkan sistem ini kepada orang
lain. Anda boleh memperolehi 300 points setiap kali orang lain daftar
menggunakan sistem AddMeFast melalui anda. Lihat pada sudut kiri bawah
anda akan dapat melihat link referrals anda. Copy link ini dan kemudian
paste di mana-mana forum atau mana-mana yang anda hendak promosikan
sistem AddMeFast. Apabila orang daftar melalui link ini anda akan
perolehi 300 points.
Kesimpulan
Kesimpulannya, ini adalah cara paling mudah untuk naikkan likes page
anda. Tetapi harus saya ingatkan bahawa kualiti fans dan likes anda
tidaklah begitu bagus. Ini kerana kebanyakan mereka yang like page anda
adalah orang yang menggunakan sistem AddMeFast seperti anda juga.
Walaupun anda memperoleh 10000 likes, tetapi fans anda tidak akan
berinteraksi di page anda. Saya tahu kebanyakan servis naikkan likes
mempromosi dengan mengatakan bahawa orang yang like page anda adalah
orang yang sebenar, bukan bots, target market dan dari Malaysia,
sebenarnya tidaklah begitu tepat.
Kepentingan untuk mendapatkan likes adalah supaya page anda nampah
gah kerana mempunyai beribu likes, sekaligus memberi persepsi bahawa
produk atau servis anda amat popular dan sedang digunakan oleh orang
ramai.
Ini akan memberi keyakinan orang ramai supaya like page anda dan
seterusnya akan membeli produk atau servis anda. Itulah tujuan sebenar
untuk tingkatkan likes di Facebook page.
Terpulang kepada cara penggunaan anda. Adakah anda akan menggunakan servis ini?












No comments:
Post a Comment